Cadangan Kerja Empat Hari Seminggu Di Malaysia Masih Diperhalusi

Cadangan untuk melaksanakan kerja empat hari seminggu masih perlu diperhalusi dan dibincangkan dengan lebih teliti.

cadangan kerja empat hari seminggu di malaysia masih diperhalusi

Malah, cadangan itu juga mingkin sesuai dengan beberapa industri sahaja dan tidak boleh menyeluruh kepada semua pekerja pelbagai sektor.

.

Menurut Pemangku Presiden Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani berkata cadangan itu juga dikhuatiri memberikan kesan negatif kepada pekerja seperti pemotongan gaji, elaun dan lain-lain.

.

"Ada industri yang relevan bekerja empat hari seminggu, ada sektor yang tidak relevan kerja empat hari seminggu.

"Malahan, ada syarikat-syarikat multinasional telah laksana kerja empat hari seminggu tetapi kilang akan beroperasi tujuh hari seminggu.

"Tetapi ia tidak akan berlaku kepada kumpulan PKS, sektor perkhidmatan, pembuatan dan pembinaan yang mungkin tidak relevan empat hari seminggu.

"Bagi MTUC, kita cadangkan supaya perkara ini diperhalusi semua pihak termasuk majikan, pekerja mahupun kerajaan supaya kita tidak mahu nanti apabila kerja empat hari seminggu dilaksanakan, nanti ada majikan-majikan yang lakukan perkara-perkara seperti pemotongan gaji elaun," katanya.

Menurut laporan, terdapat beberapa syarikat dari beberapa negara negara yang pernah melaksanakan ujian kerja empat hari seminggu iaitu Belgium, Scotland, Sweden, Sepanyol, Jerman, New Zealand dan Jepun.

cadangan kerja empat hari seminggu di malaysia masih diperhalusi

Pelaksanaan kerja empat hari seminggu dipercayai mampu meningkatkan produktiviti disamping menjaga kesihatan mental pekerja.

 

Sumber: [1], [2]