Sombong Dengan Media? Ini Jawapan Bunga

Penyanyi Bunga atau nama sebenar Noor Ayu Fatini Mohd Bakhari nafi dakwaan kononnya semakin sombong dan sukar beri kerjasama dengan media.

sombong dengan media? ini jawapan bunga

Tegasnya dakwaan itu sangat tidak tepat dan boleh menyebabkan reputasinya tercalar.

“Apa yang boleh saya katakan ialah, peranan saya sebagai penyanyi masih terletak di bawah label muzik.

“Sebarang kenyataan yang ingin diketengahkan kepada media perlu lalui syarikat rakaman dahulu.

“Mereka perlu tahu dahulu sebelum saya beri apa-apa penjelasan atau komen.

“Langkah itu perlu bagi memastikan tiada sebarang isu akan timbul jika urusan terus kepada saya.

“Sekali saya tegaskan, saya bukan sombong dengan media atau enggan berkerjasama dengan media,”katanya dalam Majlis Sidang Media Top 5 Anugerah Industri Muzik 23 di ibu negara.

Dalam pada itu, Bunga turut tercalon dua kategori AIM23 iaitu Lagu Pop Elektronik/Dance Terbaik dan Lagu Pop Etnik Terbaik.

“Alhamdulilah, saya bersyukur sangat tercalon Top 5 AIM untuk edisi kali ini, ia satu perkara di luar jangka dalam karier seni saya.

“Apa-apa pun saya serahkan kepada juri, mereka yang akan memilih siapa yang layak untuk julang trofi berprestij ini,” katanya kepada Syok.

Saksikan AIM23 disiarkan secara langsung dari Auditorium MBSA jam 9 malam di Astro Ria dan Ria HD 11 September depan.