Semalam, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kebenaran untuk bazar Ramadan dan juga Aidilfitri di seluruh negara tahun ini.
Bagaimanapun, ia masih tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang akan ditentukan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri masing-masing.
Malah, solat tarawih secara berjemaah di masjid dan surau dibenarkan, dengan tertakluk kepada jumlah kehadiran jemaah yang ditentukan oleh pihak berkuasa agama setiap negeri.
"Apa yang penting adalah SOP perlu dipatuhi sepenuhnya, antaranya seperti lokasi di kawasan terbuka, menyediakan laluan sehala, pintu masuk dan keluar berbeza, pendaftaran MySejahtera di pintu masuk serta kawalan jumlah pengunjung.
"Selain itu waktu operasi bazar Ramadan dari jam 3 petang sehingga 8 malam dan bazar Aidilfitri dari jam 10 pagi sehingga 12 tengah malam," katanya semasa sidang media pada Selasa.
Dalam perkembangan lain, beliau turut memaklumkan status beberapa negeri yang dikenakan PKPB dan PKPP, bermula 19 Mac hingga 31 Mac depan.
Sumber: Astro Awani / Astro Radio News
Foto: MWPKL