Siapa nak sangka, orang ramai bakal melihat kelibat pemenang Anugerah Grammy serta penyanyi popular dunia, Billie Eilish di pusat beli-belah tempatan, iaitu Sungei Wang Plaza.
Sejak semalam, telah banyak video penyanyi lagu “Happier Than Ever” itu tular di media sosial.
Rata-ratanya, ramai yang memuji Billie kerana kebanyakan bintang antarabangsa biasanya akan mengunjungi pusat beli-belah yang lebih popular seperti Suria KLCC, Pavilion atau The Starhill.
“Daripada begitu banyak pusat beli-belah, Eilish memilih Sungai Wang Plaza,” kata salah seorang netizen.
Mereka juga memujinya kerana mematuhi prosedur operasi standard iaitu mengenakan topeng muka di dalam pusat beli-belah.
Menurut akaun TikTok rasmi Sungei Wang Plaza, ia berkata artis itu singgah di sana untuk bermain go-kart di Blastacars Malaysia.
Turut bersamanya adalah abangnya, Finneas serta rakan-rakan lain.
Eilish kini berada di Malaysia untuk jelajah dunianya, Happier Than Ever, The World Tour, di Stadium Nasional, Kuala Lumpur pada jam 8.30 malam Khamis, 18 Ogos.
Sumber: The Star