Dah 14 Tahun Kahwin Tapi Belum Dikurnia Anak, Ini Komen Beto Kusyairy

Pelakon, Beto Kusyairy tampil menjelaskan dakwaan kononnya isteri, Tisha Shahar kini berbadan dua, selepas 14 tahun mereka mendirikan rumah tangga.

dah 14 tahun kahwin tapi belum dikurnia anak, ini komen beto kusyairy

Menurut pemilik nama sebenar Nurkusyairy Zakuan Osman ini, beliau dan isteri masih belum dikurniakan zuriat dan menyerahkan semuanya kepada ketentuan Allah SWT.

 

Beto dalam pada itu turut mengakui kini bahagia bersama isteri tercinta, walaupun mereka belum dikurniakan cahaya mata selepas 14 tahun mendirikan rumah tangga.

 

Beliau berkata sedemikian selepas tular di TikTok yang mengatakan ternampak ‘baby bump’ isteri, lantas timbul berita kononnya isterinya itu sedang berbadan dua.

 

@betokusyairy8 🤍🕊️ #betokusyairy #betokhusyairy #fyp #fypシ #fypシ #fypage #masukfyp #berandatiktok #foryoupage ♬ original sound - I . S . A ✌🏼 - Alongroro ❌

 

"Kecoh di Tik Tok mengenai keadaan isteri saya, ada yang kata nampak 'baby bump', mengandung dan sebagainya. Jadi, saya ingin menjelaskan di sini, isteri saya tidak mengandung dan gambar yang diambil itu mungkin kerana 'angle'.

"Jadi, saya ingin menjelaskan di sini, saya dan isteri bukan menantikan cahaya mata. Belum ada rezeki dan kami 'okay'.

"Bukan suatu perkara yang menganggu atau pun membuatkan kami stress. Cukup setakat itu saja kerana kami berdua gembira dan bahagia.

"Kalau ada rezeki, amin Alhamdulillah. Cuma setakat itu saja dan sekali lagi saya menjelaskan isteri saya tidak mengandung," kata Beto.

 

Dalam pada itu, Beto turut menjelaskan beliau perlu membuka mulut mengenai perkara tersebut bagi mengelakkan salah faham.

dah 14 tahun kahwin tapi belum dikurnia anak, ini komen beto kusyairy

Malah, Beto mengakui pernah mencuba pelbagai usaha untuk mendapatkan zuriat, termasuk menjalani rawatan Islam, tradisional dan juga moden.

 

Terdahulu, Beto dan isteri telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2008.

 

Sumber: HMetro