Besi Terbang Tembus Cermin Kereta Masa Memandu, “Macam Final Destination..”

Banyak insiden tidak dijangka boleh berlaku semasa kita sedang memandu.

 

Terbaharu, seorang lelaki berdepan detik ngeri apabila sebatang besi panjang terbang dan menembusi cermin hadapan keretanya semasa sedang memandu di Lebuhraya Utara Selatan.

besi terbang tembus cermin kereta masa memandu, “macam final destination..”

Kejadian berlaku pada 13 Januari lalu selepas pengguna bernama Cass Cheng Sook Leng memandu perlahan di sebelah dua buah lori, dan secara tiba-tiba sebatang besi panjang melantun ke arah keretanya.

 

Menerusi rakaman dari dashcam keretanya itu, mujur besi berkenaan tidak menyebabkan sebarang kecederaan kepadanya malah juga kepada anjing peliharaannya yang ketika itu berada dalam kenderaan tersebut.

“Nampak seperti filem Final Destination tapi bukan, saya fikir saya dan anjing saya akan mati. Mujur saya memandu perlahan ketika itu di Lebuhraya Utara Selatan,” tulis Cass pada satu hantaran di Facebook.

 

Dalam hantaran sama, beliau berharap agar Menteri Pengangkutan dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengambil tindakan dan memperketatkan undang-undang khasnya kepada pemandu lori di atas jalan raya.

Sumber: Facebook