Berkat Taat Pada Suami, Neelofa Dikurnia Rezeki Melimpah-Ruah

Baru-baru ini, pengacara dan pelakon popular, Neelofa, telah dilantik menjadi duta jenama antarabangsa bagi stroller dan kerusi kereta kanak-kanak, Hamilton.

berkat taat pada suami, neelofa dikurnia rezeki melimpah-ruah

Menurut suaminya, Muhammad Haris Mohd Ismail, 28, beliau meluahkan rasa syukur dan percaya dengan rezeki yang dikurniakan Allah SWT.

 

“Alhamdulillah, itu rezeki dia dan berkat taat pada suami.

“Saya percaya, jika kita tetapkan hati dan istiqamah dalam melakukan sesuatu perkara, InsyaAllah segalanya dipermudahkan Allah SWT.

“Sebagai suami, saya tentu bersyukur dan gembira atas apa jua yang diterima isteri. Itu semua rezeki Allah,” kata beliau yang lebih dikenali dengan nama panggilan PU Riz.

berkat taat pada suami, neelofa dikurnia rezeki melimpah-ruah

Tambahnya lagi, pelantikan isterinya itu juga adalah bukti penerimaan orang luar terhadap tuntutan agama dan budaya masyarakat di negara ini.

 

Menurut PU Riz, soal penampilan wanita Muslimah yang tampil berhijab atau berniqab bukan lagi alasan untuk segelintir pihak untuk tidak bekerjasama dengan mereka.

 

Untuk info, PU Riz dan Neelofa telah mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021 dan kini dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki, iaitu Muhammad Bilal, 1, dan Abdullah Abbas, 5 bulan.

berkat taat pada suami, neelofa dikurnia rezeki melimpah-ruah

Sumber: Gempak