COVID-19: JANGAN SEBAR BERITA PALSU!

covid-19: jangan sebar berita palsu!

Update terkini tentang penularan virus novel Koronavirus, COVID-19. Menurut twitter Kementerian Kesihatan Malaysia, keadaan di Malaysia masih lagi kekal 29 kes. Bagaimanapun, 22 kes telah diselesaikan dan 7 masih lagi dalam rawatan.

Kementerian Kesihatan juga akan menjalankan siasatan terhadap 2 VIP yang pernah bertemu dengan kontak kes bernombor 26. Setakat ini, 5 kontak rapat kes 26 disahkan negative.

 

Selain itu, Kementerian Kesihatan juga menasihat dan meminta orang ramai agar jangan menyebarkan berita palsu. Beberapa berta yang ditularkan melalui media sosial didapati palsu dan tidak benar.

Korang jangan lah sebar berita palsu. Benda ni sebenarnya sangat lah merbahaya dan boleh mencetuskan pelbagai perkara yang menakutkan. Kalau korang didapati bersalah di bawah Seksyen 211 dan 233 Akta Komunikasi dan multimedia 1998, korang boleh disaman sehingga RM50,000 atau penjara tidak melebihi setahun

Sumber: Twitter Kementerian Kesihatan Malaysia