Pelakon, Datin Atikah Suhaime menegaskan kehidupan sebagai suri rumah berstatus datin sepenuh masa tidak sesuai dengan dirinya yang amat mementingkan soal kerjaya.
Menurut pemilik nama sebenar Nur Atikah Mohd Suhaime, 33, beliau tidak kisah dengan kehidupannya selepas bergelar datin, dan akan sentiasa bekerja bagi meraih pendapatan sendiri.
“Pada mulanya, memang saya pernah terfikir untuk duduk rumah dengan gelaran datin tetapi sebenarnya saya tak sesuai dengan perkara sebegitu.
“Sebab saya jenis sentiasa nak bekerja. Saya tidak kisah pun dengan kehidupan begini dan bagi saya, semua wanita boleh berjaya dalam apa jua mereka lakukan tak kiralah sebagai suri rumah atau apa sahaja kerjaya,” kata beliau.
Atikah juga akui pada awalnya ada terfikir tentang harta benda sebelum berkahwin, namun ia berumah selepas beliau mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan, Datuk Lukman pada 21 Januari lalu.
“Ya, pada awalnya memang fikir tentang harta benda tetapi lama-kelamaan selepas mengenali lebih mendalam, semuanya berubah, tanpa harta pun saya boleh hidup dengan dia.
“Walaupun tiada kemewahan saya boleh hidup dengan dia dan itu saya sudah tanya diri sendiri pun,” ujar beliau.
Memegang status datin, Atikah berkata beliau akan melakukan pelbagai perkara untuk masyarakat bagi memastikan status itu layak dimilikinya.
“Datin adalah satu gelaran yang terhormat dan saya masih banyak kekurangan untuk memilikinya.
“Jadi, apabila sudah dapat gelaran itu, mungkin saya pelu lakukan sesuatu untuk menjadikannya lebih bermakna seperti banyak menderma atau beri sesuatu kepada masyarakat.
“Kalau dari aspek bisnes, mungkin boleh jual sesuatu dengan harga mampu milik supaya semua boleh membelinya,” kata beliau lagi.
Sumber: Kosmo!