Bella Astillah Trauma Lihat Ramai Pasangan Selebriti Bercerai, “Saya Faham Tempat Mereka,”

Pelakon, Bella Astillah mengakui trauma dengan apa yang berlaku sekarang melibatkan krisis rumah tangga pasangan selebriti tanah air.

bella astillah trauma lihat ramai pasangan selebriti bercerai, “saya faham tempat mereka,”

Menurut Bella, 29, beliau juga akui menggigil apabila membaca laporan berita perkahwinan pasangan selebriti yang berada di ambang penceraian.

 

“Doakan Bella dan Aliff tau. Sebab bila tengok berita sekarang, saya shaking (menggigil-gigil). Tiba-tiba bercerai apa semua, Ya Allah. Takutnya.

“Bila buka media sosial, semua berkenaan pasangan bercerai. Trauma. Terus saya panjatkan doa agar rumah tangga saya dan kawan-kawan yang sedang diuji agar dilindungi,” katanya.


Ujar pemilik nama sebenar Dayang Ara Nabellah ini, beliau akui sebak dengan apa yang berlaku, selain turut faham dengan situasi yang dihadapi mereka.

bella astillah trauma lihat ramai pasangan selebriti bercerai, “saya faham tempat mereka,”

“Sebenarnya, saya sebak. Saya faham sangat berada di tempat mereka. Apa yang saya titipkan di sini semoga mereka lebih tabah dan dapat mengatasi ujian ini.

“Nak melalui fasa ini (bercerai) bukan senang. Orang di luar sana akan suruh kita ‘move on’ tapi bukan mudah lagi-lagi kalau dah ada anak.

“Tapi, saya percaya kawan-kawan sangat kuat dan ada sokongan daripada keluarga, itu yang lebih penting,” katanya lagi.

 

Sebelum ini, rumahtangga Bella Astillah dan Aliff Aziz pernah diuji apabila mereka bercerai pada Mei 2019, namun kembali bersatu semula pada April 2020. Tidak lama selepas itu, mereka diuji sekali lagi dengan kehadiran aktres jelita, Sophia Albarakbah yang mengakui tersuka kepada suaminya itu.

 

Sumber: Kosmo! Online