Bella Astillah Syukur Suami Sudah Banyak Berubah, “Kita Tak Tahu Apa Akan Jadi Nanti,”

Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah kini menzahirkan rasa syukur apabila perkahwinannya bersama penyanyi, Aliff Aziz kini semakin bahagia.

bella astillah syukur suami sudah banyak berubah, “kita tak tahu apa akan jadi nanti,”

Bella yang mengakui suaminya itu sudah banyak menunjukkan perubahan positif berkata, Aliff dilihat sentiasa mengambil berat terhadapnya dan anak-anak.

 

"Banyak perubahan positif yang saya lihat pada Aliff. Dia sekarang banyak ambil berat, selalu tanya saya buat apa.

"Kadang-kala, dia juga akan buat panggilan video dengan saya ketika di set penggambaran. Alhamdulillah sebab dulu dia tak macam tu. Harap tak berubahlah," katanya.

 

Bella bagaimanapun enggan meletakkan sebarang ‘harapan’ pada hubungan perkahwinannya berkata, dia sebagai isteri sentiasa mendoakan kesejahteraan rumah tangga mereka.

 

"Itu yang saya takut kalau letak sebarang harapan. Saya tak tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang.

"Sekarang ya, mungkin seronok dan berbunga, tapi kita tidak tahu apa yang akan jadi nanti.

"Apa pun, saya sentiasa berdoa saya dan suami kekal selamanya, insya-Allah," katanya lagi.

bella astillah syukur suami sudah banyak berubah, “kita tak tahu apa akan jadi nanti,”

Dalam pada itu, Bella turut bersedih dan bersimpati dengan nasib yang menimpa rumah tangga rakan artis yang dilanda musibah.

 

"Bila baca berita mengenai rakan-rakan artis yang mengalami masalah rumah tangga, saya jadi sedih.

"Sebab saya tahu perasaan mereka. Tapi, dalam masa sama, saya tidak berborak dengan orang mengenai isu itu sebab saya sendiri takut.

"Perkara membabitkan jodoh ni semua rahsia Allah, saya sendiri tak tahu rumah tangga saya sampai bila?" ujarnya.

 

Sumber: HMetro