Tak Puas Hati, Bella Astillah ‘Serang’ Sophia Albarakbah, ‘Sound’ Aliff Aziz

Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah, meluahkan rasa tidak puas hati dengan kenyataan dibuat aktres, Sophia Albarakbah berhubung kehadirannya ke konsert Gegar Vaganza (GV10) pada Ahad lalu.

tak puas hati, bella astillah ‘serang’ sophia albarakbah, ‘sound’ aliff aziz

Bella yang juga isteri kepada penyanyi dan peserta GV10 iaitu Aliff Aziz, tidak berpuas hati dengan jawapan diberi Sophia yang mendakwa dia keluar dari dewan sebelum Aliff membuat persembahan.

 

Menurut Bella, Sophia adalah seorang penipu dan juga kaki putar belit dengan kenyataan dibuatnya itu.

tak puas hati, bella astillah ‘serang’ sophia albarakbah, ‘sound’ aliff aziz

“Ya Allah SWT, masih nak menipu dia masih berada dalam dewan selepas Liza Hanim (buat persembahan).

“Seriuslah dia ini. Sudahlah nama tiada dalam senarai tetamu kemudian selepas Aliff habis menyanyi, dia terus bergerak balik.

“Sudahlah duduk di depan wartawan. Kemudian hendak menipu lagi tetapi tidak hairanlah dia ini sudah biasa menipu dan putar belit,” katanya Bella.

tak puas hati, bella astillah ‘serang’ sophia albarakbah, ‘sound’ aliff aziz

Dalam pada itu, Bella turut menyerang suaminya yang membuat kenyataan ‘belum’ berhubung dengan Sophia Albarakbah selepas konsert berkenaan.

 

“Kalau nak tanya mengenai berhubung, belum lagi berhubung tentang apa-apa. Mungkin beliau (Sophia) datang dengan sepupunya, Aisha Retno,” demikian menurut Aliff selepas diajukan soalan sama ada beliau menghubungi Sophia mengenai kehadiran aktres tersebut di GV10. Bella kemudian membalas:

tak puas hati, bella astillah ‘serang’ sophia albarakbah, ‘sound’ aliff aziz

Terdahulu, Sophia menafikan kehadirannya ke GV10 adalah bagi memberi sokongan kepada Aliff Aziz, sebaliknya bagi menemani sepupunya, Aisha Retno yang membuat persembahan menerusi segmen GV Live +.

 

Baca: Nampak Sophia Albarakbah Datang Konsert GV10, Ini Respon Aliff Aziz

 

Sumber: Instagram