Bella Astillah Akui Ada Pelakon Wanita Tersuka Suaminya, IG Sophia Albarakbah Diserang Netizen!

Penyanyi, Bella Astillah mengesahkan ada seorang aktres yang telah menggangu rumah tangganya bersama Aliff Aziz.

bella astillah akui ada pelakon wanita tersuka suaminya, ig sophia albarakbah diserang netizen!

Menurut Bella, aktres itu mengakui sendiri mempunyai perasaan terhadap Aliff, namun telah meminta maaf atas kebodohan dirinya menjalin hubungan dengan suami orang.

 

Kata Bella, perkara itu disedari sekitar tiga minggu lalu selepas pelakon itu menghubungi Aliff berulang kali hingga membuatkan Bella mendapatkan penjelasan mengenainya.

 

“Selepas saya bertanya tujuan menghubungi Aliff berulang kali, ada banyak ‘missed call’ dan kesahihan hubungan mereka, dia ada mengaku tersukakan suami saya.

“Saya ada simpan lagi mesej dengan pelakon itu. Dia minta jadi kawan saya, (tapi) tidak. Kalau tidak saya takkan sampai tahap buat hantaran dalam Instagram (memberi amaran).

“Tetapi dia minta maaf. Dia mengakui dirinya bodoh sebab buat tindakan tersebut,” katanya kepada Kosmo! Online.

 

Meskipun Bella Astillah tidak mendedahkan siapa gerangan pelakon wanita itu, netizen pantas melakukan tugas dengan membuat spekulasi bahawa aktres wanita yang dimaksudkan Bella itu adalah Sophia Albarakbah, memandangkan Sophia dan Aliff kini sedang bergandingan dalam sebuah drama.

bella astillah akui ada pelakon wanita tersuka suaminya, ig sophia albarakbah diserang netizen!

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan komen agar Sophia tidak meneruskan niat untuk menjadi pemusnah rumah tangga orang lain.

 

 

Sumber: Kosmo! Online, Instagram