Penyanyi, Bella Astillah telah menerima teguran ramai ekoran daripada penampilannya yang kini dilihat semakin seksi.
Penampilan Bella itu juga dikatakan bertentangan dengan penghijrahan suami, Aliff Aziz yang dilihat semakin berubah ke arah yang lebih baik berbanding dengan sebelumnya.
Bella bagaimanapun terbuka menerima teguran netizen mengenai pemakaiannya dan mengakui ia adalah kesilapan dirinya sendiri.
“Imej seksi? Mungkin kesilapan itu daripada saya dan menerima teguran dengan hati terbuka kerana sekali gus membuktikan ramai masih sayang. Saya akan lebih berhati-hati selepas ini.
“Tentang tidak selari dengan penghijrahan suami, saya memang belajar banyak daripada dia. Jika ada syarat sekalipun, itu antara saya dengan dia,” katanya.
Malah ujar Bella lagi, perubahan hidup yang dilalui suaminya turut membawa Bella ke arah kebaikkan.
Kata Bella, suaminya banyak memberi nasihat namun tidak pula meletakkan syarat kepadanya. Bella turut meminta agar mendoakan yang terbaik buat dirinya di masa akan datang.
Dalam pada lain, Aliff Aziz kini dilihat aktif dengan majlis dan kelas keagamaan untuk menjadi insan yang lebih baik.
Sumber: Kosmo! Online