Pelakon, Adam Shahz memaklumkan bahawa dia tidak berasa cemburu sama sekali apabila bekas isterinya, Fatin Afeefa dikatakan sudah mempunyai kekasih serta bakal mendirikan rumah tangga.
Menurut Adam, beliau sendiri sanggup memudahkan proses itu selepas bekas isterinya menghubunginya untuk meminta bantuan mendapatkan sijil penceraian bagi proses urusan pernikahan.
Ujar Adam, Fatin ada bertanya kepadanya berkenaan sijil cerai mereka dan ia jelas menunjukkan beliau tidak cemburu atau gila bayang selain dia juga sudah ada kehidupan sendri.
"Jadi mana timbul cerita saya cemburu atau gila bayang. Saya ada kehidupan sendiri. Siapa yang tak 'move on'? Kami sudah lima tahun bercerai," kata Adam.
Ditanya mengenai pengumuman Fatin Afeefa yang mahu berhenti daripada berlakon dan menyanyi selepas sering menjadi mangsa fitnah, Adam akui sudah jelak mendengar tentang perkara itu.
Baca: Selalu Jadi Mangsa Fitnah, Fatin Afeefa Umum Berhenti Berlakon & Nyanyi
Katanya, tindakan Fatin itu seolah-olah sengaja mencari pasal kerana kerap mengaitkan namanya supaya dikecam masyarakat.
Berhubung isu nafkah, Adam turut mencabar bekas isterinya itu untuk membawa kes tersebut kepada muka pengadilan dan bukannya mengadu dalam media sosial.
Sumber: HMetro