Selepas diceraikan menerusi panggilan telefon minggu lalu oleh suaminya yang juga pelakon, Hafidz Roshdi, kini Nurul Shuhada Mat Shukri dilihat aktif menggunakan media sosial untuk memulakan perniagaan.
Shuhada yang kini ibu tunggal mengakui bahawa hidupnya lebih tenang dan bersemangat selepas melalui kemelut rumah tangga.
Ujar Shuhada yang lebih mesra dengan panggilan Shu, beliau mahu mengubah persepsi buruk orang ramai terhadap status ‘single mother’ yang dikatakan sering berharap serta meminta-minta.
“Kebanyakan orang akan fikir yang bukan bukan pada shu.
“Shu ada kat sini untuk ubah persepsi buruk orang pada single mother, shu nak keluar dari pandangan skeptik manusia yang kata single mother selalu jadi orang yang meminta minta dan berharap pada manusia untuk kelangsungan hidup anak anak.
“Jadi shu dengan rendah diri memohon semua yang ada kat sini untuk support business shu dan anak anak untuk harungi fasa seterusnya dalam hidup kami. money is not everything, but we can’t pay our bills with likes and shares,” kata beliau yang kini tampil dengan perniagaan dengan nama “Satu Tak Cukup.”
Tegas Shu, beliau berazam untuk mencari pendapatan sendiri tanpa bergantung harap kepada ‘pihak berkenaan’ lagi. Tambahnya, azam itu bukanlah bersifat sementara sebaliknya ia adalah azam mutlat bagi membina kehidupannya semula.
Terdahulu, pelakon, Puteri Sarah Liyana mengakui Shuhada ada menghubunginya dan meminta panduan untuk berhadapan dengan masalah yang sama pernah dihadapinya itu.
Sumber: Instagram