‘‘Macam Kat Jepun!,’’ Beberapa Kawasan Di KL Kini Dipenuhi 'Bunga Sakura'

Beberapa kawasan di Kuala Lumpur kini nampak meriah dengan bunga yang tumbuh mekar ditepi jalan raya, membuatkan suasana sekitar saling tak tumpah bagaikan musim bunga di Jepun dan di Korea Selatan.

‘‘macam kat jepun!,’’ beberapa kawasan di kl kini dipenuhi bunga sakura

Antaranya adalah di sekitar Jalan Sentul menghala ke Batu Caves dan susur keluar Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

 

Pokok tekoma yang ditanam di bahu jalan ini mengeluarkan bunga merah jambu putih sejak dari minggu lepas, membuatkan orang ramai tidak melepaskan peluang bergambar sebagai kenang-kenangan.

 

Memetik hantaran dari Facebook Asal Gombak, pokok tekoma atau nama saintifiknya Tabebuia Rosea ini sangat cantik ketika musim bunga kembang mekar sekitar Mac, dan boleh menjadi antara tarikan kepada pelancong sebagai ‘Sakura Malaysia’ apabila musim COVID-19 reda nanti.

 

@asalgombak

Gombak Sakura 🇲🇾🇯🇵 ##MenarikAsalGombak ##AsalGombak ##Gombak ##Sakura ##CherryBlossom

♬ Autumn in Japan - Leafy Beats

 

Sumber: Astro Awani / Asal Gombak