Selesai Buat Umrah, Bunga Citra Lestari Kongsi Pula Momen Bercuti di Kota Al Ula

Baru-baru ini, kecoh di media sosial mengenai pelakon dan penyanyi, Bunga Citra Lestari yang dilihat mengerjakan ibadah umrah namun dikatakan memakai bulu mata palsu.

bunga citra lestari luah syukur laksana ibadah umrah untuk bekas suami

Baca: Pakai Bulu Mata Palsu Masa Buat Umrah, BCL Dikritik Netizen

 

Terbaharu, penyanyi yang mesra disapa dengan panggilan BCL dilihat secara terbuka berkongsi foto-fotonya menikmati percutian di kota terlarang, Kota Al Ula, bersama suami dan anak lelakinya.

selesai buat umrah, bunga citra lestari kongsi pula momen bercuti di kota al ula

Dalam beberapa perkongsian, BCL dilihat bergambar dihadapan tembok cermin gergasi popular di lokasi tersebut, selain berenang di sebuah kolam disitu.

selesai buat umrah, bunga citra lestari kongsi pula momen bercuti di kota al ula

Malah, akaun rasmi pelancongan di kota dilaknat itu turut berterima kasih kepadanya kerana memilih lokasi itu sebagai salah satu destinasi percutian mereka sekeluarga.

selesai buat umrah, bunga citra lestari kongsi pula momen bercuti di kota al ula

Perkongsian aktres itu membuatkan ramai pengikutnya berasa kurang senang kerana berpendapat BCL tidak sepatutnya bercuti di lokasi tersebut yang sangat dihindari oleh Nabi Muhammad SAW.

selesai buat umrah, bunga citra lestari kongsi pula momen bercuti di kota al ula

 

 

“Kenapa memilih bercuti ke kota larangan selepas menunaikan umrah? Rasa kecewa melihatnya,” komen netizen.

 

BCL bagaimanapun dilihat meletakkan komen daripada agensi pelancongan @arminareka_travel pada pinned yang mendakwa tidak semua lokasi di Kota Al Ula adalah dilarang untuk dilawati.

 

“Untuk pengetahuan semua, bukan semua tempat di wilayah Al Ula terlarang. Hanya Madain Saleh atau Hegra dilarang kerana di sana banyak makam kaum Tsamud, wallahualam,” komen agensi pelancongan itu.

 

Malah ada seorang warganet yang juga berkata lokasi di Al Ula yang tidak digalakkan melawat adalah di Madain Saleh (Hegra), yang terletak sekitar 30-kilometer dari Al Ula.

 

“Yang tidak digalakkan untuk pergi adalah Madain Saleh (Hegra). Tempat ini sekitar 30-kilometer dari Al Ula. Mohon buat bacaan lebih ya,” kata seorang wanita dikenali sebagai @noorazninatasha.

selesai buat umrah, bunga citra lestari kongsi pula momen bercuti di kota al ula

Sumber: Instagram @itsmebcl / Kosmo!