Pakai Bulu Mata Palsu Masa Buat Umrah, BCL Dikritik Netizen

Tindakan penyanyi, Bunga Citra Lestari (BCL) yang memakai bulu mata palsu atau ‘eyelash extension’ ketika melaksanakan ibadah umrah baru-baru ini telah mengundang kritikan warganet.

 

Rata-rata warganet mendakwa penyanyi itu tidak peka dan sensitif dengan hukum agama yang menyatakan pemakaian bulu mata palsu ketika beribadah adalah dilarang.

bunga citra lestari luah syukur laksana ibadah umrah untuk bekas suami

Beliau sebelum itu dilihat mengerjakan ibadah umrah bersama suami, ibu dan anaknya, sebelum berkongsi momen itu di Instagram.

 

Namun warganet dilihat tertumpu pada wajah penyanyi dari Indonesia ini kerana dilihat mengenakan bulu mata sambung, sekaligus mempersoalkan status ibadah umrahnya.

pakai bulu mata palsu masa buat umrah, bcl dikritik netizen

Antara komen yang diterima seperti:

 

“Solat sambil pakai ‘eyelash extension’? Pernah dengar ustazah kata tidak sah solat pakai semua itu lagi-lagi buat umrah. Jadi sia-sia pahala ibadah.”

“Maaf jika ada pakai ‘eyelash extension’ tolong dicabut ya. Peringatan buat kaum wanita,”

“‘Eyelash extension’ kenapa tidak dibuka? Tidak telus air. Fahami dan dalami asas hukum Islam.”

pakai bulu mata palsu masa buat umrah, bcl dikritik netizen

Dalam pada itu, peminat turut mendoakan agar BCL terus istiqamah menutup aurat apabila pulang ke tanah air selepas selesai menunaikan umrah, kelak.

 

Sumber: Instagram