Penyanyi dan pelakon, Bunga Citra Lestari atau BCL dilapor bakal menamatkan zaman janda dengan menikahi kekasihnya yang juga seorang ahli perniagaan, Tiko Pradipta Aryawardhana.
Majlis pernikahan yang dikatakan akan berlangsung pada 2 Disember depan akan diadakan di sebuah hotel di Bali, Indonesia.
Perkara itu disahkan seorang kakitangan Kantor Urusan Agama (KUA) Pasar Minggu, Jakarta Selatan dikenali sebagai Emma Fatmayani, yang berkongsi jangkaan lokasi pernikahan BCL adalah di KUA Mengwi, Bali.
“Kedua-dua pihak sudah menghantar borang dan salinan dokumen yang diperlukan termasuk sijil kematian suami BCL iaitu Allahyarham Ashraf Sinclair.
“Pihak Tiko juga sudah menyerahkan salinan dokumen pengesahan perceraiannya sebelum ini,” ujarnya.
Terdahulu, gosip percintaan BCL dan Tiko tercetus selepas aktres itu memuatnaik video aksi mesra mereka ketika sambutan ulangtahun ke-40 pada Mac lalu.
Netizen mula membuat spekulasi bahawa mereka sedang berpacaran, tambah pula kelibat Tiko yang dilihat kerap hadir ke majlis keluarga BCL termasuk ketika sambutan hari raya Aidilfitri tahun ini.
Untuk info, BCL pernah mendirikan rumah tangga bersama aktor dari Malaysia, Ashraf Sinclair dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Noah Aidan Sinclair.
Bagaimanapun, Ashraf telah meninggal dunia akibat serangan jantung pada 18 Februari 2020.
Sumber: HIB Glam