Bazar Ramadan di ketiga-tiga Wilayah Persekutuan iaitu di Putrajaya, Kuala Lumpur dan juga Labuan akan dibenarkan beroperasi pada tahun ini dengan menggunakan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 sedia ada.
Perkara itu dimaklumkan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim sambil berkata lesen pengoperasian bazar akan diberikan kepada individu yang ingin berniaga bagi menggerakkan ekonomi Wilayah Persekutuan.
"Bazar Ramadan akan dibuka seluas-luasnya untuk yang ingin berniaga. Jika dapat lesen berniaga, mereka perlu berniaga dan jangan beri orang lain berniaga.
“Sekarang adalah pasca COVID-19 dan kita perlu gerakkan aktiviti ekonomi," katanya.
Meskipun berlakunya peningkatan kes positif COVID-19, Kementerian Wilayah Persekutuan turut memantau rapi perkembangan itu dan menasihatkan orang ramai agar tidak berkunjung ke tempat tumpuan umun bagi mengekang penularan wabak tersebut.
Sumber: [1]