Pada 4 Februari 2021, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan terdapat 4,571 lagi kes baharu COVID-19 di Malaysia, menjadikan jumlah keseluruhan kini sebanyak 231,483 kes,
Malah, terdapat peningkatan jumlah kematian akibat COVID-19 dimana 17 kes dilaporkan maut dan salah satu daripadanya melibatkan seorang bayi berusia 4 bulan.
Kes kematian ke-812 itu adalah kes kematian termuda setakat ini, dimana bayi 4 bulan itu dilapor meninggal dunia akibat COVID-19 dan menghidap penyakit jantung di Hospital Tawau, Sabah.
Perincian 17 kes kematian baharu setakat 4 Februari adalah seperti yang berikut:
KKM turut mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga mangsa.
Sumber: KKM