Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) adalah sebuah inisiatif bantuan langsung yang diumumkan di bagi memanfaatkan golongan B40. Fasa 1 pembayaran BPR berjumlah RM1.93 bilion telahpun dibayar kepada 8.4 juta penerima dari 24 Februari sehingga 1 April 2021.
Kini, Fasa 2 BPR menyusul untuk jumlah penerima yang sama, merangkumi 3.6 juta isi rumah, 1.0 juta warga emas (bujang/tiada pasangan) dan 3.8 juta individu bujang. Bayaran secara berperingkat akan mula dibuat mulai 7 Mei 2021.
Jika dahulunya penerima dan kategori isi rumah menerima RM300 dan penerima bujang menerima RM150, pembayaran kepada penerima adalah antara RM150 hingga RM1600, berdasarkan kelayakan setiap penerima. Semakan status kelulusan BPR boleh dibuat mulai 7 Mei 2021 pada pautan https://bpr.hasil.gov.my
Proses rayuan bagi mereka yang tidak layak pada mulanya, akan dibuka mulai 15 hingga 30 Jun 2021.
Sumber: Kementerian Kewangan / Astro Radio News