Bapa Anna Jobling Meninggal Dunia, “Anna Mohon Jasa Baik Anda Sedekah Al-Fatihah..”

Bapa kepada pelakon, Anna Jobling iaitu Abdul Rahman Jobling Abdullah, disahkan meninggal dunia pada malam Khamis.

bapa anna jobling meninggal dunia, “anna mohon jasa baik anda sedekah al-fatihah..”

Menerusi kemaskini dibuat pemilik nama sebenar Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahmah di Instagram Story, bapanya Abdul Rahman Jobling Abdullah telah mengembuskan nafas terakhir pada malam tadi (7 September).

 

“Ayah saya, Abdul Rahman Jobling Abdullah menghembuskan nafas beliau yang terakhir pada malam tadi.

“Anna mohon jasa baik anda semua sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah,” tulis Anna dalam hantaran tersebut.

 

Pelakon wanita itu turut menyifatkan arwah bapanya sebagai seorang yang baik dan sentiasa memberi sokongan kepadanya.

bapa anna jobling meninggal dunia, “anna mohon jasa baik anda sedekah al-fatihah..”

Bagaimanapun sehingga artikel ini ditulis, tidak dapat dipastikan punca kematian bapa kesayangan Anna Jobling ini.

 

Sumber: Instagram