“Banyak Perkara Berlaku Sejak Kebelakangan Ni” - Noh Salleh

“Banyak perkara yang berlaku dalam hidup saya, kebelakangan ini dan persembahan ini menjadi pengubat duka saya.”

“banyak perkara berlaku sejak kebelakangan ni” - noh salleh

Demikianlah kata-kata penyanyi Noh Salleh, 37, semasa membuat persembahan dalam sebuah konsert yang diadakan di Zepp Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dalam pada itu, bekas suami Mizz Nina itu turut berkongsi dirinya merupakan peminat band Jepun yang sering membuat persembahan di dewan terkenal negara itu.

“Sejak kecil, saya menyimpan impian untuk membuat persembahan di Zepp yang terkenal di Jepun.

“Saya berbesar hati dan tidak menyangka hasrat itu menjadi kenyataan apabila Zepp dibuka di Malaysia,” tambahnya.

Konsert 3 Generasi yang dihadiri lebih 3,000 peminat itu turut disertai dua nama lejen industri iaitu Spider dan XPDC.

 

Sumber: Utusan