Bantuan Khas RM1,000 Pada 213 Mangsa LRT Bertembung

Malam semalam berlaku insiden pertembungan dua tren LRT di dalam terowong antara Stesen LRT KLCC dan Stesen LRT Kampung Baru, hingga menyebabkan 213 penumpang cedera dengan 47 daripadanya cedera parah.

bantuan khas rm1,000 pada 213 mangsa lrt bertembung

Insiden itu nyata mengejutkan ramai pihak kerana ia adalah pertama kali seumpanya terjadi sejak LRT mula beroperasi.

 

Susulan itu, Prasarana Malaysia Bhd akan memberi bantuan khas berjumlah RM1,000 setiap seorang bagi semua 213 mangsa yang terlibat dalam nahas pertembungan LRT itu tanpa mengira tahap kecederaan yang dialami.

bantuan khas rm1,000 pada 213 mangsa lrt bertembung

"Selain itu, kita juga akan memberi bantuan khas kepada mereka yang dimasukkan ke hospital termasuk menanggung kos perubatan, rawatan susulan dan sebagainya, sejak mula masuk hingga pulih semula.

"InsyaAllah, kita akan memberi sokongan perubatan kepada semua mereka, iaitu seramai 64 orang," kata Pengerusinya Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

 

Bagaimanapun jumlah bantuan khas kepada mereka yang dimasukkan ke hospital adalah bergantung kepada setiap kes.

 

Selain itu, bantuan juga diberikan kepada mereka yang hilang pendapatan disebabkan kemalangan itu.

 

Sumber: Astro AWANI