Aina Abdul Belanja Lebih Setengah Juta Ringgit Hanya Untuk Baju dan Mikrofon

Penyanyi, Aina Abdul, membelanjakan sebanyak RM520,000 untuk tiga mikrofon serta lima busana ekslusif yang digunakannya pada konsert Aina Abdul 3.0 di Axiata Arena, Bukit Jalil, baru-baru ini.

aina abdul belanja lebih setengah juta ringgit hanya untuk baju dan mikrofon

Konsert yang dihadiri lebih 10,000 peminat itu melibatkan seramai 40 krew yang ditugaskan untuk menyiapkan setiap persalinan yang ditampilkan dengan masa terhad.

aina abdul belanja lebih setengah juta ringgit hanya untuk baju dan mikrofon

"Kelima-lima busana yang digayakan saya hanya sempat buat percubaan sekali saja. Itupun sewaktu sesi raptai penuh yang berlangsung semalam (Jumaat).

"Cabaran kali ini amat berbeza sewaktu konsert Aina Abdul 2.0 di Istana Budaya tahun lalu. Namun Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.

"Kalau anda nak tahu saya hanya ada masa empat minit untuk menukar setiap persalinan ketika konsert berlangsung. Jadi boleh bayangkan tekanan yang saya dan krew perlu lalui, tapi syukur semuanya mengikut seperti yang dirancang," katanya.

aina abdul belanja lebih setengah juta ringgit hanya untuk baju dan mikrofon

Menerusi video yang tular, salah satu pakaian dipakai Aina iaitu gaun berwarna biru dilihat boleh mengeluarkan kepulan asap ketika beliau melakukan persembahan.

aina abdul belanja lebih setengah juta ringgit hanya untuk baju dan mikrofon

 

@era.je Bunga kat baju bergerak ✅ Baju keluar asap ✅ Memang nombor syatuu la fesyen @ainaabdul ni. Puluh ribu tau baju ni. 😍 #sharERA #ANightWithAinaAbdul3 ♬ original sound - ERA

 

Untuk info, konsert itu telah menelan belanja sebanyak RM 1.8 juta, dengan hampir 98 peratus tiket terjual.

 

Sumber: HMetro