‘‘Kepada Haters, Teruskan Usaha Anda,’’ Baby Shima Respon Kecaman Netizen

Nama penyanyi Baby Shima adalah satu nama yang tidak asing lagi dalam industri muzik tanah air.

‘‘kepada haters, teruskan usaha anda,’’ baby shima respon kecaman netizen

Sebut sahaja nama Baby Shima, pasti ramai tahu akan kontroversi yang terpalit dengannya seperti tarian gelek di majlis rumah terbuka, berfoto bersama anjing dan video tarian bersama seorang usahawan.

 

 

Namun bagi pemilik nama sebenar Nor Ashima Ramli, segala yang berlaku ini bukanlah dicetuskan sendiri olehnya sebaliknya adalah daripada netizen sendiri yang gemar memberi komen berlebihan dengan pelbagai tomahan dilemparkan kepadanya tanpa mengetahui keadaan sebenar.

 

"Berita disiarkan daripada sudut pandang berbeza, seolah-olah saya bergelek keterlaluan hingga penonton tertunduk malu. Sedangkan, penonton terhibur.

"Saya juga tidak bergelek berlebihan melainkan tarian mengikut rentak dalam video muzik. Sepatutnya netizen merasa penat, bukan saya. Ini kerana ada sahaja perkara netizen tidak puas hati, lantas tak berhenti mengecam.

‘‘kepada haters, teruskan usaha anda,’’ baby shima respon kecaman netizen

"Cuba lihat semula segala komen negatif, ada atau tidak komen positif dan sokongan netizen?

 

"Segelintir yang bersikap negatif tidak mewakili keseluruhan masyarakat. Saya ada penyokong tegar yang masih sayangkan saya seperti saya menyayangi dan menghargai mereka. Kepada golongan 'haters', teruskan usaha anda," katanya.

 

Tambah beliau lagi, jika seseorang itu berniat untuk menegur, adalah baik jika disampai terus kepadanya dan bukanlah dalam bentuk kecaman.

 

Baby Shima yang mengimpikan mahu menjadi penyanyi dangdut terbaik Asia juga berkata beliau tidak mungkin meninggalkan dunia seni meskipun sering menjadi sasaran kecaman oleh hanya segelintir netizen ini.

 

Sumber: BH