Penyanyi, Sufian Suhaimi meluahkan rasa syukur apabila sudah selamat merisik kekasih hatinya, Rania, 23, pada satu majlis tertutup yang hanya dihadiri keluarga dan kenalan rapat.
Menurut Sufian, majlis itu bukanlah gimik lagu baharunya tetapi ia memang majlis merisik yang sebenar sebelum mereka berdua melangkah ke fasa perkahwinan.
"Alhamdulillah, majlis merisik itu berjalan dengan lancar semalam dan ia sama sekali bukan gimik untuk pembikinan muzik video lagu baharu saya atau sebagainya. Saya memang dah sedia untuk tamatkan zaman bujang.
"Saya dan Rania merancang untuk majlis perkahwinan kami diadakan pada Disember depan atau Januari 2024, bergantung pada lokasi majlis dan segala persiapan kami berdua," katanya.
Dalam pada itu, Sufian turut berterima kasih kepada semua yang mendoakan mereka berdua dan berhadap agar perancangan untuk ke jinjang pelamin dipermudahkan Allah SWT.
Sumber: HMetro