Azira Shafinaz Teringin Nak Ada Zuriat Sendiri, “Cemburu Lihat Orang Lain Dah Ada Anak..”

Pelakon dan penyanyi, Azira Shafinaz mengakui cemburu apabila melihat rakan sebaya ditemani zuriat masing-masing.

azira shafinaz teringin nak ada zuriat sendiri, “cemburu lihat orang lain dah ada anak..”

Menurut Azira, beliau juga sama seperti wanita lain yang mempunyai impian untuk mempunyai anak sendiri, meskipun beliau kini masih belum serius memikirkan soal perkahwinan.

 

Ujarnya, hubungan rapat dengan anak saudara membuat keinginan itu menjadi semakin membuak, apatah lagi Azira kini masih tinggal bersama ibu dan bapanya.

 

“Apabila usia sudah meningkat, memang cemburu lihat orang lain sudah mempunyai anak. Tambahan pula, saya jenis yang rapat dengan anak buah dan memang teringin mempunyai anak sendiri.

“Memang ada impian untuk berkahwin, tetapi saya belum fikir lagi soal tersebut. Kalau Allah SWT sudah tetapkan, pasti jodoh akan tiba,” katanya.

 

Ditanya soal jodoh, Azira kini mengakui dalam fasa mengenali hati budi seseorang. Katanya, jejaka yang dikenalinya itu pandai mengambil hati dan disenangi ahli keluarganya yang lain.

azira shafinaz teringin nak ada zuriat sendiri, “cemburu lihat orang lain dah ada anak..”

Beliau yang kini berusia 32 tahun bagaimanapun lebih selesa merahsiakan jejaka itu daripada umum kerana masih baharu berkenalan dan hubungan mereka sekadar rakan baik dalam industri.

 

“Buat masa sekarang, orangnya sudah ada tapi biarlah rahsia. Kami masih baru menjalin hubungan dan saya tertarik sebab dia jujur, tahu baik buruk, malah keluarga juga suka dan boleh terima. Hati saya sangat lembut, jadi perlu pandai beli jiwa,” katanya.

 

Sumber: Utusan