Azira Shafinaz Sentiasa Doa Berubah Ke Arah Lebih Baik, “Harap Peminat Boleh Doa Sekali,”

Nama Azira Shafinaz telah menjadi sebutan ramai gara-gara imej dan pakaiannya yang dikatakan agak seksi.

azira shafinaz sentiasa doa berubah ke arah lebih baik, “harap peminat boleh doa sekali,”

Ahli kumpulan De Fam itu bagaimanapun sedar penampilannya itu mungkin tidak sesuai untuk semua pihak.

 

Memetik laporan dari Gempak, Azira sentiasa berdoa agar suatu hari nanti dia akan berubah ke arah lebih baik, selain turut berharap agar peminat mendoakan untuk dirinya juga.

 

“Saya sebenarnya tak ada komen pun berhubung isu itu (seksi). Sebab kalau saya cakap, netizen akan salah anggap dan akan buat spekulasi lain pula.

“Tapi bagi saya sendiri, saya faham dan sedar mungkin tak bersesuaian untuk semua pihak. Saya sentiasa doa agar satu hari nanti saya akan berubah ke arah lebih baik.

“Harap peminat pun boleh doakan sekali,” kata Azira.

 

Tambah Azira lagi, meskipun beliau kurang selesa mendengar komen yang menggelarkan dirinya dengan perkataan tidak baik, Azira tetap tenang menerima segala kritikan yang dilemparkan kepadanya.

 

Dalam pada itu, Azira kini juga memilih untuk tidak membaca komen-komen negatif dan berusaha untuk terus memperbaiki diri menjadi lebih baik.

 

Sumber: Gempak