Dinobat Pelakon Komedi Terbaik, Azira Shafinaz Puas Usaha Keras 10 Tahun Berbaloi

Pelakon, Azira Shafinaz baru-baru ini telah dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Komedi Terbaik di Asian Academy Creative Awards, dengan menewaskan calon daripada negara lain seperti Hong Kong, India dan Filipina.

dinobat pelakon komedi terbaik, azira shafinaz puas usaha keras 10 tahun berbaloi

Menurut pemilik nama sebenar Azira Shafinaz Ramlan, 32, beliau berpuas hati dengan kejayaan itu selepas hasil usaha kerasnya selama 10 tahun berkecimpung dalam industri hiburan.

 

“Benarlah kata orang, dedikasi dan kerja keras akhirnya berbaloi.

“Selepas 10 tahun dalam industri hiburan, saya menerima anugerah pertama sebagai Pelakon Wanita Komedi Terbaik di Asian Academy Creative Awards untuk drama Ijab Kabut,” tulisnya.

dinobat pelakon komedi terbaik, azira shafinaz puas usaha keras 10 tahun berbaloi

Dalam pada itu, ahli kumpulan De Fam itu turut menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada mereka yang memberi kepercayaan terhadapnya untuk melakonkan watak itu dalam drama bersiri tersebut.

 

“Tiada kata dapat menggambarkan betapa bersyukur dan berbesar hati atas pengiktirafan yang saya terima ini.

“Terima kasih kepada semua pihak yang memberikan kepercayaan kepada saya untuk berlakon dalam Ijab Kabut. Ini adalah kejayaan untuk Malaysia,” ujarnya.

 

 

Sumber: Instagram