Menang Trofi Pelakon Wanita Terbaik Komedi, Azira Shafinaz Tegaskan Dia Bukan Pelawak

Penyanyi dan pelakon, Azira Shafinaz menegaskan bahawa dirinya bukanlah seorang pelawak selepas berjaya menang trofi Pelakon Wanita Terbaik (Komedi) dalam majlis anugerah Asian Academy Creative Awards (AACA), baru-baru ini.

 

Sebaliknya menurut ahli kumpulan De Fam itu, anugerah yang diterimanya pada 7 Disember lalu bukan mengangkatnya sebagai bintang komedi tetapi sebagai Pelakon Wanita Terbaik untuk drama komedi.

dinobat pelakon komedi terbaik, azira shafinaz puas usaha keras 10 tahun berbaloi

“Saya bukan pelakon komedi dan kena jelaskan supaya tiada sesiapa salah faham, namun pada masa sama bersyukur apabila ada pihak melihat kemampuan saya sebagai dalam genre itu.

“Saya menang trofi Pelakon Wanita Terbaik untuk watak komedi bagi drama Ijab Kabut yang bergenre komedi romantik, manakala watak saya bawakan iaitu Deanna juga memang kelakar.

“Penjelasan ini dibuat kerana saya tak nak ada yang pertikaikan kenapa saya menang trofi tersebut, sedangkan saya bukan pelawak,” katanya.

 

Meskipun enggan dilabel sebagai pelawak, Azira berkata beliau terbuka untuk berlakon dalam drama genre sebegitu.

dinobat pelakon komedi terbaik, azira shafinaz puas usaha keras 10 tahun berbaloi

“Alhamdulillah tak sangka rezeki saya rupanya di luar negara sebab selama 10 tahun dalam lakonan saya tidak pernah dapat peluang bawa pulang trofi.

“Tidur pun saya peluk trofi kerana apabila bangun keesokan harinya saya baru dapat rasa semua ini bukan satu mimpi.

“Insya-Allah selepas ini saya lebih sedia berlakon dalam drama berunsur lawak sebab sebelum ini pun saya pernah terlibat dalam program Sepahtu Reunion,” katanya lagi.

 

Terdahulu, Azira telah dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik (Komedi) di Asian Academy Creative Awards, dengan menewaskan calon daripada negara lain seperti Hong Kong, India dan Filipina.

 

Sumber: Kosmo!