Pelakon dan penyanyi, Azira Shafinaz mengakui hanya berkawan baik dengan aktor Sharnaaz Ahmad dan hubungan mereka tidak lebih daripada itu.
Menurut Azira, tiada yang istimewa antara dirinya dengan Sharnaaz dan mereka juga selesa berkawan hingga ke hari ini.
Azira turut mengakui hidupnya lebih gembira seperti sekarang ini iaitu solo dan belum berpunya.
“Jujur saya katakan sekarang ini saya single (solo) dan happy (gembira) dengan hidup begini.
“Tiada sebarang hubungan istimewa antara saya dengan Sharnaaz sebelum ini dan kami masih berkawan baik seperti kebiasaan,” katanya.
Menurut pemilik nama sebenar Azira Shafinaz Ramlan, 31, beliau lega kerana tiada lagi gosip cinta yang mengaitkan dirinya dengan mana-mana lelaki termasuk Sharnaaz.
Ujarnya, dia tidak gemar dengan kontroversi dan akui lebih selesa jika kisah peribadinya tidak diperkatakan umum.
Bagaimanapun dia terbuka untuk bercakap soal jodoh seandainya perkara itu sudah tiba pada masanya.
Sumber: Kosmo!