Video Anak Gadis Menari Kembali Jadi Kecaman, Azhar Sulaiman Titip Pesanan Sinis

Anak gadis kepada pelakon senior, Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona baru-baru ini kembali menjadi perhatian netizen gara-gara tindakannya mempamerkan aksi tarian ‘berani’ di akaun Tiktok miliknya.

video anak gadis menari kembali jadi kecaman, azhar sulaiman titip pesanan sinis

Leona yang juga pempengaruh media sosial berusia 24 tahun itu dilihat mengenakan baju tube top yang dipadankan dengan skirt pendek paras peha.

 

Dalam video yang meraih jumlah tontonan 2.3 juta di Tiktok itu juga kelihatan Leona menari bersama seorang rakannya di jalan raya, dipercayai di London.

video anak gadis menari kembali jadi kecaman, azhar sulaiman titip pesanan sinis

Aksi ‘berani’ itu telah mengundang kecaman ramai pihak yang rata-ratanya berpendapat ia sangat tidak sesuai digayakan, apatah lagi oleh seorang muslim.

video anak gadis menari kembali jadi kecaman, azhar sulaiman titip pesanan sinis

Bapanya, Azhar Sulaiman dengan nada sinis membuat teguran secara terbuka di akaun Instagram miliknya, seakan seperti sudah penat menasihati Leona.

 

“To my dotter Leona,

"Kalau you tak mau dengar cakap Daddy, at least you dengarlah cakap Jane Fonda.

"Kena slim, fit & sihat dan bukan sihattt walafiyattt OK,” demikian menurut Azhar menerusi hantaran di Instagram.

 

 

Terdahulu, Leona pernah membuat kenyataan bahawa kehidupannya adalah perihal peribadi beliau dan tidak perlu membuat penjelasan lanjut kepada umum. Malah beliau juga mengambil keputusan untuk tidak mempedulikan sebarang komen negatif mengenai dirinya kerana enggan membiarkan emosinya terkesan.

 

Sumber: Tiktok / Instagram