Azhar Sulaiman Tak Tolak Andai Berjodoh Dengan Ahli The Gadys

Baru-baru ini, kumpulan The Gadys telah mencuri perhatian selepas gagal membuat persembahan dengan baik pada satu acara anugerah yang diadakan sehingga mendapat kecaman ramai.

nyanyian kumpulan the gadys dikritik hebat, ini punca sebenarnya!

Ekoran itu, wakil pengurusan The Gadys tampil membuat penjelasan dan turut memohon maaf kepada orang ramai atas apa yang telah berlaku.

nyanyian kumpulan the gadys dikritik hebat, ini punca sebenarnya!

Baca: Nyanyian Kumpulan The Gadys Dikritik Hebat, Ini Punca Sebenarnya!

 

Video persembahan kumpulan The Gadys bukan sahaja mendapat respon daripada netizen, malah pelakon senior, Azhar Sulaiman turut memberi reaksinya yang tersendiri.

 

Menerusi Instagram, Azhar berkata beliau enggan mengulas lanjut mengenai kualiti persembahan The Gadys dan hanya berserah kepada takdir.

azhar sulaiman tak tolak andai anak atau dirinya berjodoh dengan ahli the gadys

Katanya, dia tidak menolak andai salah seorang daripada ahli The Gadys dijodohkan dengan anak lelakinya, ataupun kepada dirinya sendiri.

 

“Walaupun ramai yang kecam mereka, Behar (panggilan untuk dirinya) pilih untuk berserah kepada Takdir jer sebab kita tak tahu Ajal-Jodoh-Rezeki semua di tangan Allah SWT. Behar tak marah, tak kisah and redha jer kalau dah jodoh.

“Kutuk kutuk kang…. takut Rees (anaknya) nikah dengan salah seorang dari dorang plak nanti…. or even me,” ujarnya berseloroh.

azhar sulaiman tak tolak andai anak atau dirinya berjodoh dengan ahli the gadys

 

 

 

 

Sumber: Instagram