“Daddy Rindu Leona, Pulanglah Ramadan Ini,” – Azhar Sulaiman [Video]

Pelakon, Azhar Sulaiman meluahkan rasa rindu pada anak perempuannya Kasih Iris Leona, yang sudah lama tidak pulang ke tanah air.

“daddy rindu leona, pulanglah ramadan ini,” – azhar sulaiman [video]

Menerusi video di Instagram, bapa kepada tiga orang cahaya mata itu berkongsi momen anak gadisnya sedang mengemas bilik tidur di kediamannya di United Kingdom.

“daddy rindu leona, pulanglah ramadan ini,” – azhar sulaiman [video]

“Daddy rindu awak Leona, balik untuk Ramadan ini ok?,” demikian menurut Azhar pada kapsyen video.

 

Difahamkan, Leona, 22, yang kini melanjutkan pelajaran di luar negara sejak 2022, sudah beberapa bulan tidak pulang ke Malaysia, dengan kali terakhir balik pada September tahun lalu.

 

Rata-rata pengikut pelakon senior ini tersentuh melihat video tersebut, namun terhibur dengan pemilihan lagu dibuat Azhar.

 

 

 

Sumber: Instagram