Azhar Sulaiman Minta Anak Gadisnya Tak Tunjuk Teman Lelaki di Media Sosial

Pelakon, Azhar Sulaiman berharap anaknya Kasih Iris Leona, 20, tidak menunjuk dengan siapa dia bercinta.

azhar sulaiman minta anak gadisnya tak tunjuk teman lelaki di media sosial

Menurut Azhar, 51, ia adalah bagi mengelakkan anak gadisnya itu menjadi tumpuan ramai dan perlu berjaga-jaga dengan sisi gelap.

 

Sebaliknya menurut Azhar, beliau menggalakkan anaknya itu untuk memperkenalkan identiti lelaki itu apabila dia sudah bersedia untuk berkahwin kelak.

 

“Dear Nuna (Leona), lepas ni kalau dah confirm nak masuk minang sahaja baru awak tunjuk pada semua orang siapa teman lelaki awak ok,” ujar Azhar menerusi akaun Instagramnya.

azhar sulaiman minta anak gadisnya tak tunjuk teman lelaki di media sosial

Azhar turut menasihatkan anak gadisnya itu untuk lebih berhati-hati dan tidak menjadi tumpuan ramai.

“Jangan jadikan diri awak kembali menjadi tumpuan. Berjaga-jaga dengan sisi gelap,” kata Azhar.

 

Rata-rata netizen menyokong kata-kata pelakon ini dan memahami bukannya mudah untuk menjadi ibu dan bapa sekaligus mendidik anak supaya menjadi matang.

 

Terdahulu, Leona dikatakan menjalinkan hubungan cinta bersama seorang lelaki berbangsa Cina yang dikenali sebagai Ryan, namun dikatakan hubungan mereka sudah berakhir sebelum Leona terbang keluar negara bagi menyambung pelajaran.

azhar sulaiman minta anak gadisnya tak tunjuk teman lelaki di media sosial

 

Sumber: Mstar