Usia Cecah 50 Tahun, Azhan Rani Belum Terfikir Pun Soal Jodoh, “Ada Sebabnya..”

Pelakon, Azhan Rani berkata beliau belum terfikir pun untuk menamatkan zaman bujang meskipun usianya kini hampir mencecah 50 tahun.

usia cecah 50 tahun, azhan rani belum terfikir pun soal jodoh, “ada sebabnya..”

Menurut beliau yang kini berusia 47 tahun, fokusnya kini adalah untuk menjaga ibunya yang sedang uzur, selain memberi tumpuan kepada kerjaya seni.

 

“Saya tak pernah fikir pun soal jodoh ini. Antara sebabnya adalah kerana saya fokus pada komitmen kerjaya dan saya menjaga ibu yang sedang uzur.

“Bila saya tiada komitmen keluarga sendiri, saya ada banyak masa untuk menjalankan tanggungjawab pada ibu berbanding adik-beradik lain yang sudah berkeluarga.

“Saya tak nak kata itu satu pengorbanan kerana ia merupakan tanggungjawab,” katanya.

usia cecah 50 tahun, azhan rani belum terfikir pun soal jodoh, “ada sebabnya..”

Dalam pada itu, Azhan yang dilahirkan pada 24 Januari 1976 juga akui tidak kisah untuk menjawab soalan mengenai jodoh daripada orang di sekelilingnya.

 

“Saya meraikan sahaja pertanyaan mereka kerana saya faham mereka cuma prihatin terhadap diri saya.

“Saya tak sunyi pun. Saya ada banyak aktiviti yang boleh dilakukan. Saya ada kucing dan ibu yang menemani hari-hari saya,” ulasnya lagi.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Azhan Rani (@azhan_rani)

 

Beliau turut mengakui ada sahaja beberapa mesej di media sosial daripada wanita-wanita yang mahu berkenalan dan mengajaknya untuk berkahwin.

 

“Kalau saya bagitahu, bunyinya macam angkuh pula nanti. Memang ada juga yang hantar mesej di sosial media ajak berkenalan.

“Tapi ketika ini, saya takut juga sebab ada yang terus ajak berkahwin padahal saya tak kenal pun. Fasal duit pun saya pernah kena tipu, inikan pula hal kahwin.

“Nanti bila berjumpa, gambar di media sosial lain, bila secara berhadapan lain pula. Saya pun tak tahu niatnya serius atau tidak,” katanya lagi.

 

Ditanya mengenai ciri-ciri jodoh idamannya, Azhan akui tidak terfikir secara terperinci mengenai hal ini dan berserah sepenuhnya kepada Allah SWT.

 

Sumber: Sinar Harian