Ayda Jebat Rancang Hamil Anak Kedua Lepas Hari Raya Tahun Ini

Pelakon, Ayda Jebat merancang untuk hamil anak keduanya selepas hari raya Aidilfitri tahun ini.

ayda jebat rancang hamil anak kedua lepas hari raya tahun ini

Beliau berkata sedemikian kerana mahu mengelakkan jarak usia yang terlalu jauh antara anak-anaknya nanti.

 

“Insya-Allah saya merancang untuk hamil lagi selepas hari raya nanti, dapatlah timang cahaya mata tahun depan.

“Usia pun semakin bertambah dan kalau boleh tak mahu jarak usia antara anak terlalu jauh,” katanya.

 

Sementara itu, beliau dan suaminya, Nabil Mahir menyasarkan untuk memiliki tiga orang cahaya mata dalam keluarga mereka.

ayda jebat rancang hamil anak kedua lepas hari raya tahun ini

“Tidaklah banyak tetapi memang sudah rancang untuk memiliki anak seramai dua atau tiga orang.

“Saya nak elak kerap bercuti panjang sebab ketika mengandung memang saya malas hendak bekerja,” katanya.

 

Terdahulu, Ayda dan Nabil mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021 dan dikurniakan anak pertama, Ana Nayla pada 21 September tahun yang sama.

 

Sumber: Kosmo!