Bakal Timang Baby Boy, Ayda Jebat Pilih Cara Bersalin Czer

Penyanyi, Ayda Jebat yang kini sarat hamil, dijangka bakal melahirkan anak keduanya itu pada Disember depan.

bakal timang baby boy, ayda jebat pilih cara bersalin czer

Menurut isteri kepada pengacara Nabil Mahir, beliau akan memilih untuk bersalin menerusi pembedahan Caesarean atau Czer.

 

Ayda, 31, memaklumkan perkara itu turut dipersetujui oleh suaminya kerana beliau sudah melalui pengalaman serupa yang disifatkan cukup indah.

 

“Saya masih memilih untuk bersalin secara pembedahan kerana menerusi pengalaman yang pertama dulu, saya memang dapat suatu momen yang membahagiakan.

“Ada yang cakap sejurus bersalin czer, kita akan rasa sakit dan sukar untuk jaga. Bagi saya, ia tidak betul berdasarkan pengalaman sendiri.

“Mungkin bagi lain orang berbeza kesannya. Masing-masing boleh memberikan pendapat. Alhamdulillah pengalaman dan momen (bersalin) dipermudahkan-NYA.

“Malah selepas bersalinanak pertama, ada kawan Nabil bertanya pendapat dan kami hanya berkongsi apa yang dirasakan baik,” katanya.

bakal timang baby boy, ayda jebat pilih cara bersalin czer

Difahamkan tarikh asal yang dijangka untuk anak keduanya itu nanti adalah pada 1 Januari tahun hadapan, namun memandangkan beliau memilih kaedah Czer, maka mereka perlu memilih tarikh lain yang lebih cepat.

 

“Kami sudah pun memilih tarikh untuk bersalin. Sepatutnya bayi dijangka lahir pada 1 januari tahun depan ketika ulang tahun perkahwinan kami. Namun kami perlu memilih tarikh lain memandangkan saya akan dibedah.

“Jadi insya-ALLAH saya akan bersalin pada bulan Disember. Mudah-mudahan prosesnya akan berjalan dengan lancar,” katanya lagi.

 

Sumber: Sinar Plus