Ayda Jebat Rasa Kekok Pertama Kali Tukar Lampin Anak, “Selalu Bapa Dia Buat..”

Penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat, akui berasa kekok apabila pertama kali menukar lampin anak keduanya, Aali Mateen.

ayda jebat rasa kekok pertama kali tukar lampin anak, “selalu bapa dia buat..”

Menurut pemilik nama sebenar Nur Suhada Jebat ini, semua tugas itu dibuat suaminya, Nabil Mahir, sebelum ini.

 

“Hari ini buat pertama kali mummy tukar lampin Mateen (anak kedua). Jangan terkejut sebab memang selalu bapa dia yang buat.

“Gementar tadi masa tukar takut dia ke mana-mana dan kencing. Kencing sampai ke muka pun pernah.

“Mummy buat laju-laju tadi macam Naruto. Lancar selancarnya. Tak menangis, siap, susu dan terus tidur. Bapanya kepenatan, kesian Dada (Nabil), saya cinta kalian berdua,” ujarnya lagi.

ayda jebat rasa kekok pertama kali tukar lampin anak, “selalu bapa dia buat..”

Bagaimanapun ada segelintir warganet yang merasakan tindakan pelakon berusia 32 tahun itu sebagai mengada-ngada, seperti mahukan perhatian ramai.

 

“Alahai, tukar lampin pun nak cakap dekat satu dunia. Bukannya anak sulung, dah anak kedua, mengada-ngada betul.”

"Kasihan suami dapat isteri yang semua benda nak harapkan dia. Takkan tukar lampin pun tak biasa, bukannya baru semalam beranak, nak perhatian.”

“Macam kau sahaja pandai tukar lampin, kalau tak pandai buat semua itu, jangan kahwin, duduk je seorang sampai tua,” demikian antara komen netizen.

 

Terdahulu, Ayda Jebat berkata, selama ini hampir 70 peratus kerja-kerja menguruskan anak adalah dibuat oleh suaminya, sambil beliau meluahkan rasa syukur dikurniakan suami yang bertanggungjawab.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Ayda Jebat (@aydajebat)

 

Sumber: Instagram / Kosmo!