Ayda Jebat Enggan Berlakon Dengan Redza Rosli, “Bukan Tak Professional, Cuma ..”

Penyanyi dan juga pelakon, Ayda Jebat mendedahkan beliau kini enggan lagi berlakon atau digandingkan bersama aktor lelaki, Redza Rosli.

ayda jebat enggan berlakon dengan redza rosli, “bukan tak professional, cuma ..”

Menurut pemilik nama sebenar Nur Suhada Jebat ini, jika diberi peluang pada masa akan datang, beliau sebolehnya tidak mahu bergandingan bersama pelakon itu, yang sebelum ini pernah dikaitkan dengan dirinya.

 

Menerusi video di Tiktok, Ayda berkata dia bukannya tidak bersikap profesional, sebaliknya lebih menjaga status dirinya yang bergelar isteri dan menantu.

 

“Taklah, bukan tak profesional tapi nak jaga hati suami dan keluarga mentua,” katanya.

ayda jebat enggan berlakon dengan redza rosli, “bukan tak professional, cuma ..”

Ujar Ayda lagi, suaminya, Nabil Mahir juga tidak akan bergandingan dengan mana-mana selebriti yang pernah ada kisah lama dengannya dahulu.

 

“Sama juga dengan Nabil, kalau dia perlu bekerjasama dengan bekas kekasih, kita berdua dah berbincang. Rasanya tak perlulah. Kalau tak ada, mungkin inilah rezeki ditetapkan,” ujarnya.

 

Tambah Ayda, keputusan ini dibuat adalah bagi mengelakkan fitnah antara dirinya bersama pelakon itu sekiranya mereka dilihat berdua-duaan di set penggambaran.

 

Terdahulu, Ayda dan Nabil bernikah pada 1 Januari tahun lalu dan kini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Ana Nayla.

 

Sumber: TikTok @melodiberapi