Lapan Tahun Terpisah, Air Mata Awie Berguguran Dapat Jumpa Anak

Air mata penyanyi rock negara, Datuk Awie akhirnya jatuh jua selepas dapat bertemu dan meluangkan masa berharga bersama dua anaknya yang terpisah selama lapan tahun.

lapan tahun terpisah, air mata awie berguguran dapat jumpa anak

Datuk Awie berkongsi momen indah itu menerusi satu hantaran di Facebook, meluangkan masa bersama Putra Ahmad Rezzki, 15, dan Putri Qasseh Antasha, 13.

 

“Terima kasih wahai Allah kerana mendengar doa-doaku. Sekian lama terpisah akhirnya dapat aku bertemu dengan anak-anakku. Syukur Ya Allah.

“Air mata ini menjadi saksi. Rinduku berbalas. Anak-anakku dunia akhirat. Moga bahagia hingga ke jannah. Terima kasih isteriku. Terima kasih kepada ibu anak-anakku.

“Moga ini menjadi titik permulaan baik untuk semua. Allahuakbar,” tulisnya dalam ruangan kapsyen hantaran tersebut.

lapan tahun terpisah, air mata awie berguguran dapat jumpa anak

Detik indah itu turut disertai tiga lagi anak vokalis kumpulan Wings itu, Putri Aleeya Antasha, 23, Putri Aleefa Antasha, 21, dan Putra Ahmad Merrah, 16.

 

Awie dalam pada itu pernah menyatakan sambutan Aidiladha pada tahun ini paling bermakna kerana dapat bertemu Rezzki dan Qasseh yang berada dibawah jagaan bekas isteri, Rozana Misbun.

 

Terdahulu, hasil perkahwinan Awie bersama Rozana pada 20 Jun 2005, mereka dikurniakan seorang lagi anak iaitu Merrah. Bagaimanapun, pasangan ini bercerai pada 1 November 2014.

 

Awie pernah memiliki dua orang cahaya mata menerusi perkahwinan pertama bersama penyanyi, Arni Nazira iaitu Putri Aleeya Antasha dan Putri Aleefa Antasha.

 

Pada 7 Oktober 2016, Awie pernah sekali lagi mendirikan rumah tangga bersama Sharifah Ladyana dan dikurniakan seorang anak lelaki pada 2020.

 

Sumber: Facebook / Kosmo!