Awas Sindiket Penipuan Jual Baju Raya Di Media Sosial

Menjelang hari lebaran, sudah pasti ramai mula membuat persiapan masing-masing baik dari pakaian hinggalah kepada kelengkapan lain.

awas sindiket penipuan jual baju raya di media sosial

Maka, banyaklah juga tawaran dan promosi yang dibuat penjual di kedai malah secara atas talian.

.

Namun pembeli dinasihatkan untuk berhati-hati ketika membeli di media sosial kerana Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini mengesan sindiket penipuan menjual kelengkapan hari raya.

.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata sebanyak 22 kes direkodkan dengan kerugian berjumlah RM19,773 sejak 1 Jan hingga 26 April.

.

"Sindiket mulai aktif selepas wujudnya permintaan tinggi untuk mendapatkan pakaian dan kelengkapan hari raya.

"Siasatan mendapati sindiket ini akan menggunakan platform media sosial bagi mengiklankan barangan mereka. Namun setelah pembayaran dibuat, barangan yang dibeli tidak diterima," katanya.

.

JSJK turut mengingatkan orang ramai untuk berwaspada dan berhati-hati semasa melakukan pembelian dalam talian. Elakkan juga membuat pembelian melalui platform atau penjual yang meragukan.

.

"Layari portal 'semak mule' yang boleh diakses melalui https://semakmule.rmp.gov.my/ untuk membuat semakan berkaitan nombor akaun bank, nombor telefon yang mungkin digunakan untuk aktiviti jenayah," katanya.

Justeru, sebarang nasihat atau maklumat lanjut boleh hubungi CCID Scam Response Center di talian 03-26101559 atau 03-26101599.

.

Sumber: [1]