Rupanya Akaun Instagram @dghisham Bukan Milik KP Kesihatan

Terdapat banyak akaun palsu yang wujud di media sosial dengan berlindung disebalik nama berbeza, sama ada orang yang dikenali mahupun sebaliknya.

 

Tujuan akaun palsu ini diwujudkan mungkin berbeza antara satu dengan yang lain, namun ia masih salah kerana boleh mendatangkan kekeliruan kepada orang ramai.

 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham Abdullah juga tidak terkecuali daripada menjadi mangsa akaun palsu di media sosial, Instagram.

 

Dengan menggunakan nama @dghisham, pemilik akaun palsu itu didapati mempunyai 144 ribu pengikut dan jika sekali pandang ia seakan-akan akaun sebenar milik Ketua Pengarah Kesihatan, dengan pelbagai update berkenaan isu semasa seperti COVID-19, aktiviti KP Kesihatan dan lain-lain lagi.

rupanya akaun instagram @dghisham bukan milik kp kesihatan

Bagaimanapun, Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham Abdullah menafikan akaun itu milik beliau atau dikendalikan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Hasil pemeriksaan juga mendapati, akaun @dghisham di Instagram ini pernah menggunakan pelbagai nama lain seperti kucenviral, sbp.mrsm.smka dan lain-lain nama lain yang berbeza.

rupanya akaun instagram @dghisham bukan milik kp kesihatan

Justeru orang ramai dinasihatkan untuk berhati-hati dengan kewujudan akaun palsu supaya tidak terpedaya jika terdapat sebarang info yang bercanggah.

 

Sumber: [1]