Awal Ashaari Tak Mahu Paksa Isteri Berhijab, Yakin ‘Proses’ Itu Datang Sendirinya

Pelakon dan pengacara, Awal Ashaari memilih untuk tidak memaksa isterinya, Scha Alyahya untuk melakukan perubahan khasnya dalam soal berhijab, selepas mereka pulang daripada mengerjakan umrah pada Februari lalu.

awal ashaari tak mahu paksa isteri berhijab, yakin ‘proses’ itu datang sendirinya

Menurut Kosmo!, awal mengakui isterinya kelihatan lebih manis apabila mengenakan hijab, namun beliau tidak memaksa dan hanya mendoakan yang terbaik.

 

“Sebagai suami mestilah saya mahu isteri menuju ke arah kebaikan dan tidak mahu sebarang perubahan dilakukan dengan cara paksaan.

“Perkara seperti ini perlu datang dari dalam dan apa paling penting kami mahu perbaiki hubungan dengan Allah,” katanya.

 

Tambah Awal, isterinya pernah menolak pelbagai tawaran sebagai model bertudung, tetapi kini lebih terbuka menerima peluang itu selepas pulang dari Tanah Suci.

awal ashaari tak mahu paksa isteri berhijab, yakin ‘proses’ itu datang sendirinya

“Sebelum ini banyak jenama yang menghampiri Scha untuk menjadi model bertudung tetapi dia belum bersedia. Namun, selepas balik umrah dia jadi lebih terbuka dan menerima kerja begitu.

“Sebagai suami saya hanya menyokong dan berada di belakang apa sahaja keputusan yang dilakukannya,” kata Awal lagi.

 

Tambah Awal, penghijrahan adalah satu perubahan besar buat isterinya itu dan jika Scha mengambil keputusan untuk tampil bertudung, ia adalah keputusan besar dan memerlukan istiqamah.

awal ashaari tak mahu paksa isteri berhijab, yakin ‘proses’ itu datang sendirinya

Saya rasa ini merupakan perubahan besar bagi dia dan selalu juga saya usik sama ada dia ke arah penghijrahan. Dia tidak menidakkan dan mengiyakan cuma nampak lebih selesa memakai tudung.

“Jika dia buat keputusan untuk bertudung suatu hari nanti, mengapa tidak. Benda ini keputusan yang besar dan perlu beristiqamah.

“Kalau cakap tak paksa Scha, nanti ­netizen akan cakap, sebagai suami saya boleh berbuat demikian. Namun, kalau paksa dan perbuatan tersebut tidak datang dari hati, tiada guna juga.

“Penghijrahan datang dari dalam dan hijrah satu komitmen yang besar kerana jika sudah melakukannya kita mahu perkara tersebut kekal,” kongsinya lagi.

 

Sumber: Kosmo! Online (Nur Al-Fairuza Syarfa Nor Saidi) via OhMyMedia, Instagram Awal Ashaari