Kongsi Foto Bersama Kekasih Depan Masjid, Peminat Fikir Atikah Suhaime Dah Nikah

Pelakon, Atikah Suhaime baru-baru ini berkongsikan foto bersama kekasihnya, Datuk Lokman Teh, dengan berlatar belakangkan sebuah masjid.

 

Foto berkenaan telah mencuri perhatian ramai, termasuk para peminatnya yang mula berandaian bahawa pelakon berusia 32 tahun itu telah bernikah.

kongsi foto bersama kekasih depan masjid, peminat fikir atikah suhaime dah nikah

Bagaimanapun Atikah menafikan dakwaan itu sambil mengakui bahawa mereka sebenarnya baru sahaja selesai hadir kursus perkahwinan yang diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

 

Dalam foto berkenaan, Atikah dilihat mengenakan tudung putih dan baju kurung biru muda, disamping kekasih hati, Lokman yang memakai kemeja biru-hijau, dengan kapsyen gambar menulis ‘Baby @lokmantea’.

 

 

Menurut Atikah, mereka juga sudah bertunang sejak dua bulan lalu, dan merancang untuk mendirikan rumah tangga pada Januari tahun hadapan.

 

Terdahulu, pada September 2020, pasangan ini dilapor bercuti bersama ke Langkawi, yang turut disertai kawan-kawan rapat. Foto dan video percutian mewah pasangan ini mendapat perhatian warganet yang rata-rata bertanya bila mereka akan menamatkan zaman bujang.

 

 

Sebelum ini, Atikah juga pernah mengikat tali pertunangan bersama penyanyi, Awi Rafael, sebelum hubungan itu putus pada 14 Mac 2019, iaitu tiga hari sebelum mereka diijabkabulkan.

 

Sumber: Instagram / HMetro