Atikah Suhaime Gementar First Time Masak Berbuka Untuk 10 Ahli Keluarga Mentua

Pelakon, Datin Atikah Suhaime akui teruja menyambut Ramadan buat pertama kali bersama suami tersayang, Datuk Lokman Teh, selepas dua bulan perkahwinan.

atikah suhaime gementar first time masak berbuka untuk 10 ahli keluarga mentua

Menurut pemilik nama sebenar Nur Atikah Mohd Suhaime, 33, beliau turut berasa gementar apabila perlu menyediakan juadah bersahur dan berbuka puasa untuk 10 orang ahli keluarga mentuanya.

 

“Ini adalah Ramadan pertama saya bersama suami tercinta dan saya memang tinggal dengan keluarga mentua. Jadi sudah tentu saya kena siapkan makanan untuk bersahur dan berbuka puasa.

“Teruja itu memang pasti tetapi bohonglah kalau saya kata tidak gementar apatah lagi ini adalah kali pertama.

“Keluarga suami saya pula agak besar, ada lebih kurang 10 orang. Jadi saya akan mula masak daripada pukul 3 petang, itu pun belum tentu selesai lagi,” katanya kepada Kosmo! Online.

 

Bagaimanapun beliau bersyukur kerana keluarga mentuanya baik dan sangat memahami.

atikah suhaime gementar first time masak berbuka untuk 10 ahli keluarga mentua

“Mereka tidak pernah meminta yang bukan-bukan daripada saya. Satu lagi perkara saya belajar dalam alam perkahwinan ini, bila kita ikhlas melakukan sesuatu hidup kita lebih bahagia.

“Saya banyak sahaja baca komen Facebook ada ramai wanita merungut kena kemas rumah. Bagi saya tugas suami adalah sebagai ‘provider’ dan tugas wanita untuk memberikan suami rasa gembira dan selesa.

“Walaupun banyak kerja rumah, saya tidak rasa perlu merungut. Kita kena ikhlas barulah boleh rasa bahagia itu selain mengeratkan lagi hubungan dengan keluarga mentua,” katanya.

 

Sumber: Kosmo! Online