“Banyak Kali Kena Gayakan Baju 5XL…” Athina Kamarudin Dedahkan Susah Nak Gayakan Baju Plus Size

Dalam episod terbaharu Podcast Sembang Atas Dulang bersama Ceddy Musim Kedua, model, penari, pempengaruh media sosial, Athina Kamarudin dedahkan ramai anggap dia adalah “plus size” model dan seringkali digayakan dalam baju 5XL atau 6XL sedangkan saiz bajunya adalah M atau L.

“banyak kali kena gayakan baju 5xl…” athina kamarudin dedahkan susah nak gayakan baju plus size

Sepanjang temubual itu, Athina meluahkan bahawa dia tidak kisah menggayakan busana bersaiz besar namun dia luahkan bahawa ada masa dia berasa ia agak sukar sepanjang penggambaran apabila perkara ini berlaku. 

“I’m not saying it’s wrong to wear these sizes but what fits your body best will make you feel comfortable, especially for me at a shoot that's like 8 hours long,” 

“I wear a size M/L…but when you put me in 5XL, 6 XL, this is very difficult for me to sell the clothes as what the size is because I don’t wear that size,” katanya dalam episod tersebut.

“banyak kali kena gayakan baju 5xl…” athina kamarudin dedahkan susah nak gayakan baju plus size

Athina juga turut meluahkan dia tidak bergelar dirinya “plus size” model apabila ditanya oleh hos podcast tersebut, Ceddy jika dia menggelarkan dirinya sebagai “plus size” model.

“I don’t call myself that because I feel like there are other plus size models on that platform and who are actually plus size models. I feel like in terms of work, they deserve that job a lot more than I do.” tambahnya lagi.

Banyak lagi yang dibicarakan oleh Athina Kamarudin, jadi kalau korang nak tahu lagi….kenalah dengar Podcast Sembang Atas Dulang Musim Kedua di SYOK ataupun tengok video penuh di YouTube SYOK sekarang!